Ingin Jadi Penulis?

Anda ingin jadi penulis?

Sekiranya anda berminat, dan berhasrat mahu menerbitkan buku bersama Syarikat Adam, kami mempelawa kepada bakat-bakat baru untuk memajukan karya anda di dalam industri buku. Bidang fokus terbitan kami ialah bidang Agama.

Jika berminat, bolehlah menghantar proposal ringkas tentang buku tulisan anda. Proposal hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut.

1) Nama penuh, alamat rumah, pekerjaan, no. tel (rumah). no. hphone dan emel.
2) Tajuk buku (yang dicadangkan penulis).
3) Fokus keseluruhan buku (tema buku)
4) Ringkasan kandungan buku.
5) Ciri-ciri keistimewaan buku ini.

Sebarang proposal akan dinilai dahulu oleh panel penerbit Syarikat Adam sebelum diluluskan. Sekiranya diterima, maka pihak penerbit akan menghubungi anda bagi tujuan perbincangan.

*Jika anda seorang penulis dan pernah menerbitkan buku dengan syarikat lain, sila nyatakan tajuk-tajuk buku yang pernah diterbitkan.

Format proposal : taipkan di dalam MS Word dan emelkan kepada syarikatadam@gmail.com.

*Selepas proposal diterima dan dipersetujui untuk diterbitkan barulah urusan pemberian royalti akan dimaklumkan kepada penulis.

*Jika masih terdapat sebarang pertanyaan, sila emel kepada syarikatadam@gmail.com 

No comments:

Post a Comment