Penerbitan & Pengedaran

Penerbitan

Selain mengedar dan menjual buku, Syarikat Adam juga bertindak sebagai penerbit kepada buku-buku agama. Fokus bidang terbitan buku-buku Syarikat Adam ialah bidang agama dan isu-isu umum. 

Pengedaran

Syarikat Adam juga menawarkan perkhidmatan mengedar buku ke seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) kepada mana-mana syarikat penerbit buku* atau penerbit sendiri**. Buku-buku yang menggunakan perkhidmatan pengedaran Syarikat Adam juga akan memasuki rangkaian kedai-kedai buku elit seperti MPH dan POPULAR (berdasarkan permintaan kedai-kedai tersebut).

Antara penerbit terkenal yang menggunakan khidmat Syarikat Adam ialah Moon Media Enterprise. Beberapa syarikat penerbitan lain dijangka akan menggunakan perkhidmatan pengedaran Syarikat Adam tidak lama lagi.

Kelebihan Pengedaran Syarikat Adam

Syarikat Adam ada menawarkan perkhidmatan penyimpanan buku untuk penerbit-penerbit. Syarikat Adam juga sentiasa menjalankan pameran-pameran buku di IPT, sekolah, perpustakaan dan pesta buku peringkat negeri khususnya di Pulau Pinang. 

Bagi urusan perkhidmatan pengedaran, anda bolehlah menulis melalui emel kepada syarikatadam@gmail.com atau hubungi 019-5625009.

*Syarikat penerbitan yang beroperasi secara besar, ada kakitangan dan kumpulan pengurusan sendiri serta penulis-penulis sendiri.
**Syarikat yang dimiliki oleh penulis buku itu sendiri, yang menerbit buku sendiri dan beroperasi menggunakan alamat rumah dan seumpamanya.

1 comment: